Asal Usul Emas Di Muka Bumi

Asal Usul Emas


Selama ini ada di antara kita beranggapan bahawa emas berasal dari kerak bumi atau perut bumi. Anggapan ini berpunca daripada pemerhatian kita yang melihat proses mengeluarkan emas dari tanah melalui aktiviti mendulang atau melombong. Oleh kerena tiada sumber lain yang mencabar pemerhatian kita maka dari situlah timbul andaian bahawa emas berasal dari perut bumi.

Dari pandangan sains, emas merupakan logam berat kerana ketumpatannya yang tinggi. Dalam keadaan asli ia merupakan logam yang sangat fleksibel dan mudah dibentuk(the most maleable metal). Sifat warnanya yang kekuningan sangat menarik perhatian. Persoalannya di manakah emas ini dihasilkan?

Emas dan kebanyakan unsur-unsur yang wujud di alam semesta ini dihasilkan di bintang. Ia dihasilkan melalui perlakuran nuklear dengan suhu yang sangat tinggi. Faktor suhu yang sangat tinggi ini membolehkan unsur-unsur baru ini dihasilkan. Pada permulaan alam semesta terdapat banyak atom hidrogen. Ia dimasak di bintang dengan suhu setinggi berjuta-juta darjah Celcius. Menurut pandangan ahli sains, kepanasan melampau ini memungkinkan atom-atom hidrogen bergabung membentuk atom helium. Atom-atom ini akan bergabung sesama sendiri untuk membentuk atom-atom lain seperti karbon. Selepas itu, atom-atom lain seperti oksigen, nitrogen, silikon dan sebagainya terbentuk. Keadaan ini berterusan hingga bintang kehabisan bahan mentah. Apabila umur bintang itu sudah sampai ke penghujungnya maka berlakulah letusan supernova(bintang meletup). Kesannya ialah kebanyakan isi kandungan bintang ini akan dihambur keluar dan tersebar ke serata cakerawala termasuklah emas dan unsur-unsur lain.


Nampak tu letusan bintang yang bersinar terang.

Gas dan pepejal yang tersebar dari letupan supernova tadi akan menggalakkan pembentukan nebula. Nebula ini pula adalah tempat kelahiran bintang-bintang baru.


Subhanallah! Cantik, kan?


Siapa tahu nama nebula ni? :-)


Gambar popular ni dari NASA kot. Nebula Carina - Hubble Space Telescope

Selepas bintang-bintang baru ini lahir, gas-gas di sekeliling bintang ini akan menyejuk maka terbentuklah planet-planet seperti yang ada di dalam sistem suria kita sekarang. Dalam planet itu terdapat pelbagai unsur-unsur yang berasal dari letupan bintang termasuklah emas. Jangan lupa matahari kita juga sebuah bintang. Ia juga akan meletup bila tiba masanya. Panjang cerita ni. Nak detail kena tanya ahli kimia, ahli fizik dan astronomer. Untuk meringkaskan cerita, semua elemen-elemen berat (yang lebih berat dari helium dalam jadual berkala) dihasilkan dalam bintang. Kesimpulannya emas yang kita pegang hari ini merupakan tinggalan dari letusan supernova bintang yang sangat jauh jaraknya dari bumi. Menakjubkan! Hebat sungguh kejadian alam semesta ini. Subhanallah!

Dari sudut islam pula, perkataan emas telah digunakan di dalam Al-Quran. Semestinya Allah swt sebagai pencipta kita lebih mengetahui penciptaan emas itu sendiri. Wallahua'lam!
Artikel Terkait