Sebahagian ulama Maliki mengatakan harus. "Pelihara untuk jaga rumah dan tujuan lain (selain 3 tujuan yang disebut dalam hadis)
Imam Abdul Bar berkata, "Termasuk dalam berburu dan sebagainya yang mengharuskan membela anjing adalah membelanya untuk mendapat manfaat dan menghindari kemudaratan. Ini diambil dari qias. Makruh membelanya hanya kerana membela tanpa keperluan." (Fathul Bari)
Ibnu Quddamah (Hambali) berkata, Haram membela anjing untuk menjaga rumah kerana hadis yang lepas."
Kesimpulan: Ini termasuk dalam perkara khilaf. Mazhab Syafie membenarkannya untuk tujuan keperluan seperti berburu, menjaga rumah dan sebagainya dan haram membelanya tanpa tujuan tertentu.
Rujukan: Fathul Bari oleh Ibnu. Hajar Asqalani, syarh sahih muslim oleh 1 Imam Nawawi dan Mausuah Feqhiah kuwaitiah.
Artikel Terkait