Larangan Allah Dalam Al Quran

[al baqarah Ayat : 154]
larangan mengatakan orang yang gugur pada sabilillah mati yang sia sia
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu; orang yang mati; bahkan mereka itu orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.


[al baqarah Ayat : 169]
larangan mengikuti kehendak syaitan kerna syaitan musuh yg nyata
Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui


[al baqarah Ayat : 173]
larangan memakan bangkai,darah,babi,dan binatang yg disembelih selain dari nama allah
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana dharurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani


[al baqarah Ayat : 187]
larangan bersetubuh pd siang hari pd bln puasa dan dibolehkan pada malam hari
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu campuri isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukum-Nya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa

[al baqarah Ayat : 188]
larangan memakan/memperoleh harta dari orang lain dengan cara yang tidak halal
Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)


[al baqarah Ayat : 219]
larangan berjudi dan meminum yang memabukkan
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.


[al baqarah Ayat : 221]
larangan mengahwini wanita musyrik
Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman; dan sesungguhnya seorang hamba wanita yang beriman itu lebih baik daripada wanita musyrik, sekalipun ia menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan wanita Islam) dengan lelaki musyrik sebelum mereka beriman. Dan sesungguhnya seseorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya)


[al baqarah Ayat : 222]
larangan bersetubuh waktu isteri sedang haidh
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai haid. Katakanlah: Darah haid itu suatu kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) ketika haid, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka seperti yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.


[al baqarah Ayat : 224]
larangan bersumpah dengan serampangan
Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik, dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa mengetahui.


[al baqarah Ayat : 256]
larangan melakukan paksaan untuk memeluk agama islam
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang engkar kepada Taghut, dan ia beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


[al baqarah Ayat : 264]
larangan menyebut nyebut bantuan sedekah yg menimbulkan sakit hati/penghinaan
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan menyebut-nyebut dan menyakiti perasaan si penerima seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana riak kepada manusia, dan tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin. Mereka tidak mendapat sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.


[al baqarah Ayat : 275]
larangan melakukan riba dan memakan hasil riba
Orang yang memakan riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya jual beli itu sama saja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Maka sesiapa yang telah sampai peringatan dari Tuhannya lalu ia berhenti, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (mengambil riba) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya


[ali imran Ayat : 28]
larangan mengambil orang kafir menjadi wali
Janganlah orang yang beriman mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri-Nya (siksaan-Nya). Dan kepada Allah jua tempat kembali.

{ali imran Ayat : 118]
larangan menjadikan orang2 diluar golongan mukmin menjadi orang kepercayaan
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu ambil orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi 'orang dalam' (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.


[ali imran Ayat : 130]
larangan memakan hasil riba
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu memakan riba dengan berlipat-ganda; dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.


[ali imran Ayat : 139]
larangan merasa rendah diri dan bersedih hati
Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang yang tertinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.


[ali imran Ayat : 169]
larangan menyangka/menduga orang yang gugur pada jalan allah mati bahkan sebaliknya mereka sebenarnya hidup
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.


[an nisa' Ayat : 10]
larangan memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak halal
Sesungguhnya orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.


[an nisa' Ayat : -23-24]
larangan mengahwini wanita seperti berikut
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita berikut): ibu-ibumu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, saudara-saudara bapamu, dan saudara-saudara ibumu, anak-anak saudaramu yang lelaki, anak-anak saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang telah menyusukan kamu, saudara-saudara susuanmu, ibu-ibu isterimu, anak-anak tiri yang dalam pemeliharaanmu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka, maka tiadalah salah kamu mengahwininya. Dan bekas isteri anak-anakmu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini), kecuali yang berlaku di masa lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha MengasihaniDan (diharamkan kamu mengahwini) isteri orang, kecuali hamba yang kamu miliki. Itulah ketetapan hukum Allah ke atasmu. Dan dihalalkan bagi kamu wanita-wanita selain dari itu, untuk kamu kahwini dengan hartamu secara bernikah, bukan berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati dengannya, maka berikanlah mereka maskahwinnya sebagai suatu ketetapan. Dan tiadalah kamu berdosa tentang suatu yang telah dipersetujui bersama, sesudah ditetapkan maskahwin itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


[an nisa' Ayat : 29]
larangan mendapatkan harta dengan jalan yang batil dan dilarang membunuh
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu denggan jalan salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antaramu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihi kamu


[an nisa' Ayat : 43]
larangan mengerjakan solat dalam keadaan mabuk
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.


[an nisa' Ayat : 144]
larangan mengangkat orang kafir menjadi wali selain dari mukmin
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?

[al maidah Ayat : 3]
larangan memakan 9 macam diantaranya bangkai,daging babi ...
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang kafir telah putus asa dari agama kamu. Sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, sebaliknya takutlah kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana lapar sedang ia tidak ingin melakukan dosa, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


[al maidah Ayat : 51]
larangan mengangkat orang2 yahudi dan nasrani menjadi wali
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani sebagai wali, kerana setengah mereka menjadi teman kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka temannya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kamu yang berlaku zalim.


[al maidah Ayat : 87]
larangan mengharamkan makanan yang halal
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas; kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.


[al maidah Ayat : 90]
larangan meminum yang memabukkan,dan berjudi
Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.


[al maidah Ayat : 95]
larangan berburu sewaktu ihram
Hai orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang buruan ketika kamu berihram. Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya, diganti dengan binatang ternak yang sama dengan binatang yang dibunuh itu, yang akan dihukumkan oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah, atau bayaran kafarah, iaitu memberi makan orang miskin, atau menggantikan yang demikian itu dengan berpuasa supaya dapat ia merasai kesan dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan seksa.


[al maidah Ayat : 101]
larangan banyak tanya
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Qur'an, tentulah akan diterangkan kepadamu. Allah maafkan kamu dari perkara-perkara itu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.


[al an'am Ayat : 121]
larangan memakan binatang sembelih tanpa menyebut nama allah
Dan janganlah kamu makan binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya itu adalah perbuatan fasik; dan sesunggguhnya Syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantahmu; dan jika kamu menurut hasutan mereka, maka sesungguhnya kamu tetap menjadi orang musyrik.


[al an'am Ayat : 152]
larangan mendekati/mengurus harta anak yatim kecuali dengan cara yang baik dan menguntungkan
Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik, sehingga ia baligh; dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak memberatkan seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata maka hendaklah kamu berlaku adil, sekali pun orang itu ada hubungan kerabat; dan janji Allah hendaklah kamu sempurnakan. Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat.

[al anfal Ayat : 46]
larangan kaum muslimin berpecah belah yang akibatnya melemahkan
Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah kamu; sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.


[at taubah Ayat : 23]
larangan menjadikan bapa dan saudsara menjadi wali jika mereka menyukai kekafiran
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudaramu sebagai pemimpin jika mereka memilih kufur atas iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin, maka merekalah orang yang zalim.


[an nahl Ayat : 91]
larangan membatalkan sumpah sumpah
Dan sempurnakanlah janji-janji Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak sumpahmu sesudah kamu memperkukuhkannya sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin sumpahmu. Sesungguhnya Allah mengetahui akan apa yang kamu lakukan


[al israk Ayat : 29]
larangan bersifat kikir dan boros
Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkan dengan sehabis-habisnya, akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela dan menyesal.


[al israk Ayat : 31]
larangan membunuh anak kerana takut miskin
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.


[al israk Ayat : 32]
larangan mendekati zina
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.


[al israk Ayat : 33]
larangan membunuh orang yang tidak bersalah
Dan janganlah kamu membunuh seseorang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Tetapi janganlah ia melampaui batas kerana sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat sepenuh-penuh pertolongan


[al israk Ayat : 34]
larangan mengurus harta anak yatim kecuali dengan cara yang baik lagi menguntungkan
Dan janganlah kamu menghampiri anak yatim melainkan secara yang baik, sehingga ia baligh; dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu akan ditanya.


[al israk Ayat : 36]
larangan mencampuri/memberitakan sesuatu perkara masalah yang tidak diketahui
Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan


[al israk Ayat : 37]
larangan berjalan dengan sombong
Jangan kamu berjalan di bumi ini dengan sombong, sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembusi bumi, dan tidak akan sampai setinggi gunung.


[an nur Ayat : 3]
larangan berkahwin dengan wanita yang berzina dan lelaki yang berzina
Lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengannya melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu dilarang atas orang yang beriman.


[an nur Ayat : 21]
larangan mengikuti kehendak jejak langkah syaitan
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh melakukan perkara yang keji dan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


[an nur Ayat : 27-28]
larangan memasukki rumah orang sebelum meminta izin dan mengucapkan salam
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya (ahlinya); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan)
Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu baliklah, maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.


[al furqan Ayat : 52]
larangan mentaati orang kafir
Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak orang kafir, dan berjuanglah dengan Al-Qur'an dengan perjuangan yang besar.

[al qashas Ayat : 88]
larangan menyembah tuhan selain allah
Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain di samping Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan, dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.


[lukman Ayat : 15]
larangan mentaati ibubapa jika mereka mengajak kepada kemusyriKAN
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepada-Ku. Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.


[lukman Ayat : 18]
larangan bersikap angkuh dan sombong
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.


[al ahzab Ayat : 1]
lareangan mengikuti/mentaati orang kafir dan munafik
Wahai Nabi! Bertakwalah kepada Allah, dan janganlah kamu turuti orang kafir dan munafik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


[az zumar Ayat : 53]
larangan berputus asa dari rahmat allah
Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


[al mukmin Ayat : 66]
larangan menyembah tuhan selain allah
Katakanlah: Sesungguhnya aku dilarang menyembah benda-benda yang kamu sembah yang lain dari Allah setelah datang kepadaku bukti-bukti yang jelas nyata dari Tuhanku; dan aku diperintahkan supaya tunduk taat bulat-bulat kepada perintah Tuhan sekalian alam.


[asy syura Ayat : 15]
larangan mengikuti hawa nafsu
Oleh kerana itu, maka serulah mereka dan tetaplah engkau sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka; Katakanlah: Aku beriman kepada Kitab yang Allah turunkan, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagimu amalmu. Tidak ada pertengkaran antara kami dengan kamu. Allah akan himpunkan kita bersama pada hari kiamat, dan kepada-Nyalah tempat kembali semuanya


[muhammad Ayat : 35]
larangan merasa rendah diri dan lemah untuk mengajak berdamai
Maka janganlah kamu lemah untuk mengajak berdamai, padahal kamulah orang yang tertinggi keadaannya, Dan Allah bersama-sama kamu, dan Ia tidak akan mengurangi pahala amal-amal kamu.


[al hujurat Ayat : 11]
larangan mengejek orang lain
Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim.


[ar rahman Ayat : 9]
larangan mengurangkan timbangan
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.


[al mujadalah Ayat : 9]
larangan berbisik
Wahai orang yang beriman! Apabila kamu berbisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik untuk melakukan dosa, pencerobohan dan menderhakai Rasulullah; dan berbisiklah untuk kebajikan dan takwa. Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah yang kepada-Nya kamu semua akan dihimpunkan.


[al hasyr Ayat : 19]
larangan melupakan allah
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupakan diri mereka. Mereka itulah orang yang fasik


[al mumtahanah Ayat : 9]
larangan berkawan dengan orang2 yang memerangi orang mukmin
Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halamanmu, serta mereka membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


[al mumtahanah Ayat : 13]
larangan berkawan dengan kaum dimurkai allah
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat kaum yang dimurkai Allah atas mereka; mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang kafir yang ada di dalam kubur.


[ash shaff Ayat : 2]
larangan mengatakan hal2 yang tidak dilakukan
Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya.


[al munafiqun Ayat : 9]
larangan lalai mengingati allah
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.


[at thalaq Ayat : 1]
larangan bercerai sewaktu isteri sedang haidh
Wahai Nabi! Apabila kamu hendak menceraikan isteri-isterimu, maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan iddahnya, dan hitunglah masa iddah itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan janganlah (dibenarkan) mereka keluar, kecuali mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah hukum-hukum Allah; dan sesiapa yang melanggar hukum-hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. Engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan sesudah itu sesuatu perkara (lain).

[al qalam Ayat : 8]
larangan mengikuti orang2 yang mendustakan agama
Oleh itu janganlah engkau menurut kemahuan orang yang mendustakan (agama Allah).

[al muthaffifin Ayat : 1-3]
larangan mengurangi timbangan
Kecelakaan besar bagi orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan).Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.


[al buruj Ayat : 10]
larangan menimpakan bencana
Sesungguhnya orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan lelaki dan perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam, dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).


[ad duha Ayat : 9]
larangan berlaku kasar kepada anak2 yatim dan mengherdik orang yang meminta
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.
Artikel Terkait