Islam tidak menetapkan satu ciri khusus sebagai kriteria “wanita cantik”, juga tidak menyatakan bagaimana seharusnya penampilan seorang wanita agar kecantikannya terserlah. Akan tetapi, Islam adalah agama yang menyeru kepada kecantikan dan keindahan. Kecantikan yang berbentuk maknawi iaitu berupa akhlak, sifat dan sikap, itu adalah kecantikan sebenarnya dalam Islam.
Tabah
Wanita ini akan tertawa pada saat hatinya sedang terluka. Ini kerana dia ingin menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang di sekelilingnya. Yakin dengan pertolongan Allah AWT akan datang kepadanya dan dia terus menampakkan wajah bahagia untuk menutupi segala masalah yang dihadapi. Keyakinannya kepada Allah juga tidak pernah surut.
Tidak mengharapkan balasan
Kasih sayangnya terhadap suami dan keluarga adalah ikhlas dari hati. Bukanlah kerana mengharapkan sebarang balasan. Malah, bagi wanita yang cantik seperti ini, kasihnya kepada keluarga membuatkannya kuat dari segala ujian yang menimpa. Kasih sayang seorang wanita cantik ini amat sukar dicari melainkan daripada kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
Sentiasa memaafkan
Memaafkan kesalahan orang lain kepada kita sememangnya sukar terutama sekali jika hati sudah terluka dengan perbuatan orang itu. Namun, bagi seorang wanita yang cantik, memaafkan orang yang pernah melukakan hatinya menjadi perkara yang diamalkannya. Ini merupakan cara untuk mendidik diri menjadi lebih tabah.
Doa menjadi amalan harian
Seorang wanita cantik tidak akan pernah putus asa berdoa kepada Allah SWT tidak kira siang atau malam . Doanya juga termasuk doa-doa kesejahteraan kepada suami serta keluarga tersayang. Wanita ini tidak mementingkan diri kerana dia lebih mementingkan kepentingan orang yang disayanginya.
Allah SWT berfirman:
“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita itu harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.”
Artikel Terkait